29 December 2012

Tips persedian menghadapi peperiksaan secara last minit.



Assalamu'alaykum.

di saat saat akhir menghadapi peperiksaan mesti semua orang panik, habis duk update status dekat facebook twitter yang berupa 

'hamaigaddd, final exam lagi seminggu. cuaakkkk. study tak start lagi. grrrrr. acane acane nie?' 

lebih kurang begitulah kepanikkan yang terselah dari bait bait status mereka. terbayang situasi yang sangat panik disitu. 

maka, sebagai penggemar last minit study, aku tak terkecuali. anda pula bagaimana? serupa sahaja kan? *sesuka hati je menuduh kan*

saya bukanlah the top-est student untuk bagi tips tips kejayaan. tetapi ingin berkongsi apa yang saya rasa significant untuk diamalkan.

pertama

  • bila revision period bermula dan berakhirnya lectures, susun jadual exam dan jadual study. ok masa nielah kita akan komitmen mengikut jadual study, sebab kalo buat sejak mula semester tak ikut pun rasenye, sebab final maseh jauh. hehe.


  • kalau di U saya, revision period yang pendek, lebih kurang seminggu atau kurang lagi. dan exam period lebih kurang 3 minggu. maka maseh banyak masa senggang antara exam exam, maka bagi penggemar last minit study ini adalah alasan mengapa mereka tidak memulakan study lebih awal tidak begitu? oh tidak eh? saya sorang je kot.

  • specific kan waktu belajar ikut keutamaan, subjek yang susah dahulu, dan examnya lebih awal. contohnya, ade 3 hari masa senggang antara exam. satu hari subject lain, dan dua hari lagi subject lain. pastikan bahagi sama rata tau!*macam buat kuih la pulak kan*


kedua


  • sepanjang study tu kalau boleh, dan haruslah boleh jauhkan diri daripada laptop. bagi yang jenis tangan yang tidak duduk diam seperti saya ini mendatangkan bahaya. AWAS! sebab anda akan terjebak dengan situasi, 


'takpe, sekejap je, sekejaapppppp je!'


  • dari nak online 10 minit dah ke setengah jam, dari nak tengok movie setengah jam dah berejam rejam. hoi hoi, nie kan dah last minit. mane sempat, masa nie masa sanagt berharga. time bila lagi nak rasa dia ada harga. masa nie jelah kan? hehe.

  • paham paham, ada yang guna laptop sebab nak dengar lagu nasyid Maher Zain buat peneman keboringan kan.? ada cara lain, gunalah fon ataupun mp3. gunakan segala kemudahan yang ada. hehe

ketiga


  • kalau rasa otak dah jem, dah tepu tahap kalau study lagi nanti melimpah ruah. banjir pulak kan? tambah lagi kemengantukkan 120 darjah, kalau rasa korang seorang yang kuat bermuhajahadah, boleh la kot rasa online 10 minit atau tengok movie 15 minit je. eh tak cukup?  

  • maka adalah lebih baik anda exercise indoor dalam bilik, lompat katak 30 kali. skipping 30 kali, lari setempat 30 kali. kalo rasa malas takut terkurus pulak nanti, apa kata kemas kemas bilik yang pasti berselerak punya sebab exam punya pasal. alasan harus selalu ada, setiap yang berlaku kan bersebab. ehee.

kemudian, sambut study kembali.

  • tambah lagi banyakkan minum air dan makan. ini yang jenis suka mengumpul jajan untuk final exa, pastu melantak segala jajan, biskut dan makanan sambil study. pun boleh lah.

keempat

ini sekadar pesanan dan peringatanlah. study study jugak akhirat jangan lupa.^^
maka kalaulah boleh haruslah boleh, tengah khusyuk study tu, bila masuk je waktu solat, berhenti dan solat dulu. dulukan mana yang menjadi kewajipan. tak lama pun. 10 minit je pun. apa guna kalau study sampai lupa akhirat, mana nak dapat berkat dan redhaNYa. kalau kita study 24 jam sehari, tanpa izinNya kita takkan berjaya jugak. semua ilmu, daya usaha, dan kejayaan kita tu datang daripadaNya. peringatan untuk diri sendiri juga.

kelima


  • mesti korang korang nie tak tidur malam kan study bila time time exam. perghh mmg perghhh. aku used to do the same jugak^^

  • tapi kat sini nak share pendapat. apa kata korang jangan stay sampai tak tido. tapi tido lebih awal dari biasa. macam pukul 11 atau 12. awal lah tu bagi aku. hehe. pastu bangun juga lebih awal dari biasa. pukul 3 atau 4 pagi. kuncilah lah setiap 15 minit. kompemm bangun.

  • dah bangun tu janganlah terus menghadap buku, apa kata ambil wuduk, solat sunat dulu, solat tahajjud dan solat hajat ke? waktu nie ramai orang tido. kalo tak tido pun orang yang stay up tulah. lepas tu baru mula study di hening pagi yang sunyi, pasti lebih senang nak fokuskan diri. studylah sampai subuh. takut terlajak pulak subuh karang.

keenam


  • jangan lupa mintak ibu bapa doakan kita untuk exam nie, inform mereka yang kita dah nak start exam. mintaklah jugak kawan kawan adik beradik sedara semua doakan jugak untuk kita. sebab kadang kita berjaya atas doa orang lain untu kita. maksudnya, kejayaan kita tu kerana doa orang lain untuk kita, bukan sebab doa kita sendiri. mana tahu kan?

  • sebelum exam juga pastikan settlekan semua hutang hutang yang mana ade terhutang, 10 sen atau seringgit ke. mintak halal semua ilmu dari cikgu dan kawan kawan. mintak restu daripada dia orang. mintak halal segalanya dari ibubapa dan kawan kawan. dan lastly, mintak maaf dengan ibu bapa, cikgu dan kawan takut ada terguris hati. yelah, kita manusia biasa, kadang tak tersedar pun tingkah laku kita buat orang terasa dan mungkin, sebab itulah ilmu kita tak berkat. tak berjaya. boleh jadi kan? hanya DIA yang Maha Mengetahui.

ketujuh 

buat nota nota ringkas atau mind map, untuk mudah kita review balek semua secara general dan keseluruhan.
masa kan tak sempat. tapi kadang tak sempat nak buat short notes, maka ini adalah limitation study last minit. ekeke.

maka, short note nie lebih baik disiapkan masa lectures week.^^



ehsan Google Image

seterusnya BERDOA Ddan BERTAWAKKAL kepada penentu kejayaan kita. ALLAH.


pssst: tak boleh nak upload contoh jadual study yg sistematik*konon* untuk exam week. asyik crashed je :(. mcm laptop punye problem

No comments: