04 December 2012

HABIT.

Assalamua' laikum.

habit atau bahasa mudahnya adalah tabiat, atau bahasa panjang sikit sesuatu yang kita selalu lakukan atau pun rutin. eh tak jugak.

atau bahasa penerangannya, sesuatu yang kita selalu buat, dengan kerap, bila jadi habit. sesuatu itu dah jadi kebiasaan bagi kita. bila tak buat rasa tak best. rasa tak syok. rase ade something is wrong somewhere and i dunno why? hehe

ianya tak semestinya satu perkara pun. contohnye, kita suka pakai baju kaler pink. hari hari kita pakai baju kaler pink. rabu khamis isnin jumaat. mesti baju pink. kalau tak pakai baju pink dalam seminggu 3 kali. memang tak sah. one day. baju pink kita semua tak basuh lagi. semua dah habis pakai. so tak leh pakai baju pink. kena pakai baju hijau pucuk pisang.

hari tu rasa semua rase tak kena je, rase orang tengok kita pelik je. semuanya tak kenalah. rupanya sebab tak pakai baju pink.

itulah analogi yang dpt saya berikan. lebih kurang gitulah.

maka kalau ada habit  atau sesuatu yang buruk yang ingin kita tinggalkan. cuba perlahan lahan. tinggalkan sedikit demi sedikit dan  semakin banyak. in sya Allah. berterusan.

sama jugak kalau perkara baik, atau sesuatu yang baik yang kita nak lakukan, yang kita nak kekalkan. pun sama. cuba buat, dengan kerap dan selalu. bila kerap buat, semuanya akan jadi habit. dan semuanya rase mudah.

benda yang kita rasa susah nak buat dulu, semuanya rasa senang dan tak membebankan pun. dan kita pun tak sedar yang kita dah berubah!

wowww, kuasa Allah.

Alhamdulillah, nak jadi rajin, nak jadi seorang yang pengemas, dan rajin dan tidak pemalas. haha. okay benda yang sama. 

macam mana diri kita sekarang akan reflect siapa kita masa depan, rajinnya kita sekarang akan rajinnya kita sebagai ibu di masa depan.

solehahnya kita sekarang, akan solehahnya anak anak kita di masa depan. In Shaa Allah.^^

*apekehal tetibe berbicara tentang masa depan nie?*

maka untuk hidup yang membahagiakan di masa depan , bermulanya hari ini.
rajinkan diri. disiplinkan diri.
jaga diri.jadi baik. ikhlaskan hati.
dekat denganNya.

masa depan yang berlandaskan syariatNya bersama keluarga idaman akan jadi realiti. ^^

jom istiqomah!