20 May 2012

bercakap tentang pengalaman, aku dulu dan sekarang


assalamu'alaikum

bercakap tentang pengalaman. aku dulu dan sekarang.
 takkan sama dan di luar jangkaan.

siapa sangka aku sekarang rasenye dah tak se'rock' dulu. mungkin dah hilang nickname 'punkgurlz' tu.

empat tahun lalu, bila masing masing cari hala tuju masing masing. apa yang diingin di masa depan. yang penting orang selalu pesan ' jangan tersalah pilih, takut kecundang'

aku pulak, lebih kepada probability kejayaan. aku letak mase depan ikut haluan yg ditentukan tuhan.
tidak meminta lebih, terima apa yang diberikan.

pernah dulu mempertikaikan. sindir diri sendiri depan kawan kawan.

'aku, yang rock mcm nie nak belajar kat UIA. kelakar gile. macam tak sesuai'

kemudian datang kawan2, beri perangsang aku kira. 

'nanti, jadi ustazah lah zuhaiza'

aku gelak sakan, memang tak boleh terima akal sendiri. tapi hati aminn kan. siapa tahu. :]

susah untuk aku katakan, bukan hati tak rela, tapi lebih kepada redha, aku percaya dengan apa yang Dia tentukan. entah kenape aku tak menentang. aku seolah olah pergadaikan dengan apa yang Dia berikan.

aku percaya suatu hari pasti aku sedar sebabnya,

namu, hati tetap memberontak. menyesal. mempertikaikan.

kenape dulu aku tak ini ini, kenape dulu aku tak mintak bla bla. kenape awal2 aku tak tukar bla bla..

tapi hanya sekadar hati mempertikaikan. tindakan langsung tiada. hanya pendam. pastu hati tenang berkata. pasti ade sebab. sabar...

prinsip 'just go with the flow' yang Dia tentukan aku pegang sampai sekarang.

dan aku tahu, terlalu banyak sebab kenape Dia letakkan aku disini. bukan di Jepun, atau seberang yang lain. yang memerlukan aku jauh dari mereka tersayang.

dan ade sebab kenape aku tak diletakkan aku di universiti lain.

mungkin aku sedikit terlambat menyedarinya, dah banyak peluang aku lepaskan masa. dah banyak masa aku bazirkan. dah banyak dosa aku kumpulkan. sekurang kurangnya, dengan aku berada disini, akhirnya aku sedar semua tu.

aku sedar yang dulu aku pernah, bazirkan masa, banyak kumpulkan dosa. dia yang titipkan rasa itu. 

syukur.

maka, walau ape pun die berikan. terima. tahu kita juga perlu merancang. tapi jika apa yang dirancang dan diinginkan tidak diberikan. bersangka baiklah. Allah pasti ade sesuatu yang lebih baik untuk kamu. mungkin bukan dari segi belajar. tapi benda yang lain. 

Percayalah padaNya.

#dedicated to ALL future mahasiswa dan mahasiswi. 

thanks .


4 comments:

fya zainal said...

selalunya perancangan Dia adalah lebih baik..wallahualam :)

mirmashi94 said...

so sweet akak. dedicated to me kan? hehe =P. em,semua ade hikmahnya. yang penting,belajar terima qada' dan qadar Allah ;). sebab Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita

Hakimy Zamri said...

wah! nice gila entri ni. macam novel plak..hehehehe..thanks kak zuk zuhaiza for this entry. dedicated to me kan ? kan ? hehehe :3

Deleted said...

first time singgah. style gila blog nih. haha

saya pon sama la kak. just go with the flow. go where the wind takes u. klu dah mmg rezeki, tak ke mana wlupon sebenarnya impian kita is to be something else. tu takdir allah kn??

entry ni mmg membantu. a lot