21 April 2012

hidup dua kali


aku ingat aku je yang tak bahagia. aku ingat aku sorang je yang maseh belum jumpa.

aku ingat aku maseh belum cukup apa apa. aku ingat aku je yang belum ada.

rupa rupanya. dalam sibuk kita membilang kekurangan kita. kita sudah terlepas pandang kelebihan kita berbanding orang lain.

biar keluarga tak terlebih kaya, cukup setakat punya kereta walau tak sebesar mereka.
biar belajar tak jauh mana, tapi cukup dari tak berkesempatan berbanding mereka.

kita hidup dua kali. dunia. akhirat. tak perlu lelebeyh melengkapi asset dunia yg maseh kita tak punya berbanding lain. sebab itu tak boleh di guna untuk hidup yang ke dua.

andai anda rasa anda dah cukup baik, anda maseh jauh dari baik. 
berubah. tingkatkan.
untuk hidup yang pertama lebih baik dan hidup yang kedua yang terbaik!

Allah, peliharlah kami. dunia. akhirat.

1 comment:

mirmashi94 said...

betol . kadang-kadang kita nie mudah terlalai ngan perhiasan dunia . hmm~ harap lepas nie dapat beringat . masehh akak sebab tlg ingatkan ^^