20 January 2012

biar tiada cinta dari dia, asalkan ada cinta dari Dia




Alhamdulillah maseh di beri peluang menikmati hidup kat dunia ini. masih di beri kesempatan untuk membetulkan kesilapan. maseh di beri peluang untuk menggunakan nikmat dan anugerah darinya.

rasa suka sangat hari jumaat nie. sebab kat TV banyak betul rancangan berunsur islamik.
dengar talk dan motivasi memang penenang hati. 

kalo tak tenang pun, sedikit sebanyak mampu menjentik hati kecil aku nie.
terbayang segala dosa dan kesilapan yang telah di lakukan.

siapa yang tak pernah melakukan kesilapan. kesilapan adalah proses kehidupan. jangan pernah menyerah dengan masalah. Allah takkan bebankan hambaNya dengan sesuatu yang mereka tak mampu.

 kadang kadang bila kita melakukan kesilapan. kesilapan tu membelenggu kita. selalu rasa. aku silap. berdosanya aku. 

semua orang buat salah. dan orang yang terbaik adalah orang yang bertaubat dari kesalahan tersebut.

kadang kadang*eh, bukan kekadang, memang harus selalu* Allah bagi kita masalah supaya kita pikir balik. apa buruk baiknya. kenapa ia berlaku. mungkin dari kesilapan kita juga.

kerap kali rasa banyaknye Allah kasi aku petunjuk. luasnya Dia buka pintu hati aku untuk dengar semua kata kata yang boleh buat aku sedar balik. yang aku banyak buat silap.

beruntungnya rasa. Dia masih belum tutup pintu hati nie. sebab kadang bukan semua orang dapat rasa nie. ada je manusia yang telah buat kesilapan dan mereka tak pernah sedar yang mereka silap. bagi mereka apa yang mereka lakukan seronok*walaupun dunia sahaja* dan buat mereka senang hati. dengan itu mereka terus melakukan kesilapan. Nauzubillah.


Aku tak kesah sekiranya Allah tidak menemukan aku dengan mana mana lelaki sekarang.

 biarlah mereka bercinta. biarlah mereka ada orang sayang. biarlah mereka ada orang ambil berat. biarlah mereka ada orang mesej hari hari. biarlah mereka ade orang kasi hadiah setiap kali bufday. biarlah mereka ada orang yang cukup sayangi mereka.

biarlah aku takda seorang lelaki yang mengambil berat tentang aku. tiada yang selalu mesej selamat pagi, selamat malam sekalipun. tiada yang membuat panggilan masuk. tiada yang ucap kata sayang dan rindu.



biarlah aku tak dapat semua tu. aku taknak semua tu buat masa sekarang.

aku taknak bebankan kepala dan hati ini dengan sesuatu yang tiada keredhaan di sisinya. yang akhirnye membawa aku kepada sesuatu yang di murkaiNya.

semua tu bukan masanye lagi.

yang lepas biarlah lepas.
 sebelum nie pun aku tak pernah couple lama dan serius. paling lama dan serius 3 bulan.
rupanye ini hikmah Dia nak tunjukkan.

tapi aku tipulah kalo aku cakap aku tak berkawan dengan lelaki. sedang cuba kurangkan. tapi memang aku tak ramai kawan lelaki pun.


sebenarnye. environment dan orang sekeliling yang membentuk siapa diri anda. bermulalah dari sekarang. jadi perempuan yang baik semampu mungkin, sebab suatu hari nanti pasti kamu inginkan membentuk sesuatu yang baik juga. iaitu zuriatmu.

#saling tegur menegur dan ingat mengingati.





3 comments:

Nadia Syakila said...

subhanallah.. terima kasih, muhasabah diri dengan entri ini.. bersama3 lah kita bermujahadah untuk mendapatkan syurga dan cinta Allah ye..

zuk_zuliana said...

alhamdulilah..fikiran ku same dgn fikiranmu..Allah sentiasa myayangi kita dgn mberi dugaan..same ada dugaan dr segi fizikal,batin atau emosi

Gadis Kecil said...

Terima kasih di atas peringatan Ini...

bagus nye cara penyampaian...^^