Assalamu'alaykum.
640am : 18012013 [Friday]
Seusai solat subuh di surau terminal Makmur aku berjalan turun untuk ke stesen bas untuk pulang ke Kemaman.
pagi masih gelap. agak gerun menunggu disitu.
maka aku menunggu di tempat menunggu rapidKuantan. novel ILUS aku sambung bacaannya.
melihat pagi yang hampir cerah, aku berjalan ke stesen bas bandar untuk menunggu bas Sihat dengan membawa beg dikiri kanan dan belakang.
dah lama aku tak menaiki bas ekpress berseorangan dan bas sihat juga. perjalanan yg mengambil masa 12 jam dari Kuala perlis. agak memenatkan. menyebabkan aku asyik tidur saja. ditambah kegeraman dengan diri sendiri yg telah merosakkan earfon yg baru saja aku beli tiga hari yang lalu.
disitu aku menyambung semula bacaan novel ILUS.
kerisauan yg bertamu aku biarkan bila melihat tak ramai org disitu dan kebanyakannya lelaki asing atau bangla ku kira.
aku abaikan sekeliling kerana haripun makin cerah. seorang pakcik menegur bertanya ingin kemana dan dari mana.
aku melayan dan menjawab seperti biasa.
kemudian dia datang duduk di bangku sebaris denganku tetapi agak jauh.
pakcik tersebut amat peramah dan banyak bercerita. ditanya banyak tentangku, namaku, nama ayahku, tempat tinggalku, tempat belajar ku.
bermula dia aku menyebut tempat belajarku dia merancakkan lagi penceritaannya.
pakcik itu nampaknya begitu fasih berbahasa arab. dan dia agak aku juga begitu kerana tempat belajarku. tapi aku nyatakan hakikat sebenar.
dia banyak mentafsir dan memujiku. aku ambil segala kata-kata dan nasihatnya sebagai hikmat dan nasihat untukku.
dia bahasakan diriku dgn adik zu.
dia berasal dari Indonesia dan telah 38thn menetap disini.
Namanya Hj. Hanbali.
peringatannya untukku. dapatkan segulung ijazah dulu, baru berkahwin dan dia mengatakan ianya akan berlaku dua tahun saja lagi. aku tersenyum.
terima kasih pakcik, kerana meyakinkan diri saya betapa pentingnya ijazah ini dan abaikan soal jodoh waktu ini.
satu pasangan couple melalui depan kami dan dia memberi nasihat bila memandang lelaki hanya sekali sahaja..dan ade jugak aku xphm.. hehe
aku tersenyum lagi.
dia memujiku dengan penampilanku dan menyuruhku meneruskannya. dia kata pada mulanya dia melihatku sebagai seorang yg sombong. tetapi tidak bila berbual lama.
sekali lagi dia meyakinkan aku akan potensi diri ini.
sebenarnya sepanjang kami berborak aku tersenyum dan bertanya dalam hati adakah orang lain nampak pakcik ni?. macam2 perkara fantasi yang aku bayangkan.
banyak lagi yg diceritakan, tak lupa petua petua.
sampai aku naik bas, aku masih berfikir betul ke apa yang pakcik nie ckp tentang aku.
dan pakcik nie bukan giler aku konfem dan dia banyak tahu semua tempat.
dia siap menyuruh aku melihat jam dan tulis waktu dan tarikh hari dalam diariku dan hari ini adalah hari jumaat.
dia suruh aku ingat apa yang dia cakap tentang aku dan ok will see it one day.
babye Langkawi Island , i want more!
thanks kpd pakcik Hj. Hanbali.
walaupun siapa anda, antara mahu percaya atau tidak, setiap orang kita jumpa, setiap kata2 dia ungkap tentang aku, aku harap ianya doa dan aku Ameen kan.
Allah pertemukan kita dengan seseorang bersebab.
1 comment:
Salam..lamenyer xjumpe zuhaiza^^
moga dlm keberkatanNya sokmo..
(smkg5sc1)
Post a Comment