27 October 2012

#kerana dia, untuk Dia^^

Assalamua'alaikum





bila masanya aku tak pasti,
saat mana aku tak tahu.

yang pasti ada sesuatu.
dia.

Allah hantar dia pada aku.
sekejap je.
untuk kebaikan aku tak pasti.
yang pasti, hikmah yang tersembunyi terlalu besar.

walaupun sekejap, dia yang merubah aku. bukan dia berjaya ubah aku.tapi kerana dia. sebab dia aku begini.
Allah hantar dia supaya, perkara itu terjadi pada aku.
supaya aku kembali pada Dia.


aku tak salahkan dia, aku salahkan diri aku.
pada masa yang sama aku bersyukur padaNya.

semuanye berlaku dalam jangka masa sekejap saje.
tidak mengapa. aku maafkan dia.aku halalkan semuanya. Semoga Allah memberi petunjuk dan rahmat pada dia.

ubah aku belum cukup sempurna. belum cukup. terlalu banyak perlu diperbaiki. terlalu banyak.
aku cuba dan sedaya upaya cuba. Kalian doakan aku ya^^

pendorong kuat aku, penyebab perubahan ku, dia, adikku.

aku tahu, perubahan ini terlalu kecil, terlalu sedikit jika dibandingkan orang lain yang Allah kurniakan hidayah yang paling hebat untuk mereka.

tanpa jeans ketat, skinny jeans, baju kecik, tudung pendek. In Sha Allah, aku dah cuba jauhi.
yang ade, baju besar, skirt,stokin.

kalau kalian ade rasa itu, walau jauh, terlalu jauh di sudut hati, cuba dengan langkah pertama. perlahan lahan.

aku pun bukan terus zappp bertukar.
perlahan-lahan. satu persatu^^

aku tahu kalian ade rasa itu :)

yang penting perbaiki diri semakin baik dan baik dari sehari ke sehari. bila dah perbaiki aurat, In sha Allah, nak tambah ilmu pula^^





"Alhamdulillah, sukenya saya melihat dah ramai yang berubah ke arah lebih baik, walau belum cukup baik, In sha Allah semakin baik. doakan mereka^^"



1 comment:

khairunnisa said...

nice entry,hopefully, kita menjadi semakin baik dari hari ke hari..done followed ur blog, jom ke blog sy =)