14 September 2013

buat dikau yang bakal ku miliki

Buat dikau yang bakal ku miliki..

terima kasih kerana hadir dalam hidupku ketika ini,
tak terungkap rasa syukur pada Illahi atas hadiah rasa sayang dan cinta ini.
maaf kiranya sayang dan cinta ini tidak mampu mengeringkan air mata duka dan kecewa itu.
maaf kiranya air mata duka dan kecewa itu tetap hadir kelak

aku tak mampu menjanjikan kebahagian yang abadi,
aku tak mampu menjanjikan rasa cinta sepenuh hati yang hakiki.
kerana aku tahu, cinta yang abadi hanya untuk Dia,
kerana aku tahu rasa sayang dan cinta ini adalah milikNya.

aku bukan insan sempurna, terlalu banyak cela.
aku juga tak mampu menjanjikan untuk jadi yang terbaik buatmu,
kerana aku tahu, terbaik bagi aku, belum tentu terbaik di mata Illahi.

buat dikau yang bakal ku miliki,

terima kasih di atas sayang dan cinta ini,
terima kasih kerana sudi menerima cela diri ini.

maaf kiranya aku tak seperti yang kau inginkan,
maaf kiranya aku tak mampu beri bahagia yang kau impikan.
maaf kiranya rasa sayang dan cinta ini tak seperti yang kau berikan.

ketahuilah, hadirnya kau dalam hidup ini walau hanya baru seketika adalah nikmat dan anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.

nukilan,

bakal tulang rusuk kirimu..


1 comment:

nukilan iklas said...

i know that no one choose a woman to be the princess in your life i, and I know that you just can dry the tears and hurt within these,