01 October 2012

#U-turn


Fitrah seorang hamba terlalu hina.
sering melakukan dosa.
tak lepas dari kesilapan.
sampai bila hamba takkan sempurna.

fitrah seorang hamba.
bila dulu dia selalu leka.
bila dulu dia tak pernah ambil kesah.
apa Penciptanya kata,
apa Penciptanya rasa.







kalau dulu dia tak pernah ade untuk penciptaNya.
kalau dulu dia tak pernah jadi yang terbaik untuk Penciptanya.

maka beruntunglah pada sesiapa yang sejak dari kecil dikekelingi ilmu Penciptanya.

tapi tak bermakna yang punya basic sahaja tak boleh jadi yang terbaik untukNya.
maka beruntunglah juga bagi kalian yang ada rasa untuk mencari redhaNya.


Alhamdulillah.
terima kaseh di atas petunjukMu.

kalau dulu aku alpa,
perintahMu tak pernah sempurna di buat aku.
cara pakaianku tak melayakkan aku untuk bergelar perempuan muslimah.
dan lebih terzahir lagi tak mencerminkan aku sebagai penuntut di mana aku belajar sekarang.

Allahu rabbi,
dulu sungguh bangga aku begitu.

Ampun di atas kealpaan.
Ampun di atas dosaku yang tidak terhitung.

buat kalian yang punya hasrat. walau jauh di sudut hati teruskan langkah mulakan dengan mudah mudah.
perlahan lahan ubah kalau tidak sampai bila, sampai rasa itu pergi. 

bagaimana kalau rasa yang jauh di sudut hati itu terus lenyap?

sesuatu yang kita lakukan, lakukan perlahan lahan tak perlu drastik. tapi perlu semakin baik. insyaAllah sesuatu yang berterusan akan jadi habit dan rasa mudah semuanya. percayalah. percayalah.

aku juga sedang merangkak entah bila mampu bertatih. tapi aku tahu Dia sentiasa ade di samping aku, melihat aku cuba bertatih.

Dia pencipta hati ini. Dia Pemilik hati ini. Dia lebih mengenal aku. Dia lebih mengenal masa silamku. Maka hanya Dia layak menentukan masa depanku.


Allah, terima kasih di atas kasih sayangMU dan nikmatMU.



1 comment:

liliputih said...

sahabat, aku kagum dgn mu. moga Allah terus memudahkan langkah2 mu selepas ini. insyaAllah. =)