14 September 2013

buat dikau yang bakal ku miliki

Buat dikau yang bakal ku miliki..

terima kasih kerana hadir dalam hidupku ketika ini,
tak terungkap rasa syukur pada Illahi atas hadiah rasa sayang dan cinta ini.
maaf kiranya sayang dan cinta ini tidak mampu mengeringkan air mata duka dan kecewa itu.
maaf kiranya air mata duka dan kecewa itu tetap hadir kelak

aku tak mampu menjanjikan kebahagian yang abadi,
aku tak mampu menjanjikan rasa cinta sepenuh hati yang hakiki.
kerana aku tahu, cinta yang abadi hanya untuk Dia,
kerana aku tahu rasa sayang dan cinta ini adalah milikNya.

aku bukan insan sempurna, terlalu banyak cela.
aku juga tak mampu menjanjikan untuk jadi yang terbaik buatmu,
kerana aku tahu, terbaik bagi aku, belum tentu terbaik di mata Illahi.

buat dikau yang bakal ku miliki,

terima kasih di atas sayang dan cinta ini,
terima kasih kerana sudi menerima cela diri ini.

maaf kiranya aku tak seperti yang kau inginkan,
maaf kiranya aku tak mampu beri bahagia yang kau impikan.
maaf kiranya rasa sayang dan cinta ini tak seperti yang kau berikan.

ketahuilah, hadirnya kau dalam hidup ini walau hanya baru seketika adalah nikmat dan anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.

nukilan,

bakal tulang rusuk kirimu..


12 September 2013

TBD

Hai,

Assalamua'alaikum.

long time not posting anything here. not going to update anything. sebab terlalu banyak yang perlu di update. so i just keep it to myself.

i will active blogging again. soon..
when everything become reality.


05 June 2013

penyebab dan pendorong perubahan

Assalamua'alaikum.

err, where should i start ya?



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
 Syukur atas nikmat dan Hidayah dariNya. In my previous entry, someone comment ask me to share apa penyebab dan dorongan utama saya berubah. and dont worry Mr/Mrs Geragau your curiousity wont make me kill you. <3

thanks for that lovely comment.

saya berubah ke? tidak. i just being who  I am suppose to be, as His servant. kan?
apalah sangat perubahan sedikit ini kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang penghijrahan mereka SubhanAllah. terlalu hebat. saya pun tak mampu.

tapi ilmu harus disampaikan walaupun sedikit. eh, tidaklah ilmu. sekadar perkongsian. moga moga kalian yang ada niat untuk berubah dapat dijadikan pengajaran, maybe?

Setiap manusia saya gerenti sejahat mana pun dia waktu sekarang, jauh disudut hati dia ada rasa nak berubah. tapi dia kalah syaitan. syaitan tepis niat tu jauh. masih belum ade kekuatan? mungkin.

ahh, dah cukup bagi ceramah. kata nak share your cerita. okay okay.

i cant tell what is the big thing that make me wanna change. biarlah saya dan Allah saja yang tahu :)

it just that, dont u know that Allah bukan sahaja menguji hambaNya dengan masalah dengan kesusahan. Allah bukan saja menguji hambaNya dengan kenikmatan dan kesenangan. Dont you know Allah juga menguji hambaNya dengan kekhilafan.

should i say i'm one of them?

Allah boleh uji hambaNya, dengan dosa dan kesilapan. Dia nak melihat sejauh mana kita pergi dari Dia. Saya bertuah kerana saya tersedar dari dosa dan kekhilafan itu.

dan ketahuilah, jika anda rasa anda di pertemukan dengan orang yang salah. orang yang telah bawa anda jauh dari Dia. ketahuilah semua berhikmah. 


then, jika aku tidak dipertemukan dengan insan yang aku rasa telah bawa aku jauh dariNya, would i turn to HIM?


Allahu Rabbi, indahnya percaturan Allah kan.

untuk menjawab soalan Mr/Mrs Geragau, what makes me to change is DOSA. ya, terlalu banyak dosa kot. :)

ape dorongan utama saya untuk berubah?

my younger sister kot. dia dah lama berubah. great changes for her. mula mula tak rasa terinspire sangat, cuma rasa i'm not the best sister for her. :)

then, dunia maya kot pendorong saya untuk berubah, hehe. one of my sister's friend berubah dari yang macam saya dulu dulu :), terus pakai Niqab. SubhanAllah.

lepas tu Diana Amir kot. haha. tetibe artis masuk pulak kan. yes, she is. because I said to my self, orang yang seseksi itu dulu, boleh berubah 100% kenapa aku yang dah lama bertudung. cuma pakaian je tak ikut syariat . tak boleh berubah :)

lebih kurang macam tulah :)


memang hidayah perlu di cari bukan di tunggu, pohon kekuatan dan petunjuk dari Allah. Insya Allah, Dia bantu. First step itu yang penting.

saya pun buat sikit sikit. yang paling buat hati saya tersentuh adalah, at that time saya masih sedang belajar, kira stokin pun tak pakai lah. padahal memang dah lama berkurub berabad tahu kaki itu aurat.
bila saya balik rumah on weekend.  adik saya bagi saya surat dan sepasang stokin letak dalam almari dalam bilik.

masa tu saya menanges teresak esak. haih, saya nie memang hati selembut kalbu kapas. hehe. tengok cerita melayu pun boleh nanges kan? hehe

tapi lepas tu saya tak pakai lagi. belum dapat kekuatan i guess. risau sangat apa orang kata konon. masa tulah. then, on my birthday 11 may 2012. saya pakai stokin adik saya bagi tu and sms her 

'adik, aku pakai stokin mung bagi. i take it as my birthday present'

after that, saya makin cubalah sampai sekarang.

Allahu Akhbar. hijrah itu bukan sekadar luaran. Hijrah hati itu payah. Insya Allah kita sama sama cuba ya kalian.

lastly, saya berkongsi ini tidak berniat apa apa. maafkan saya andai ada tersalah kata antara sengaja atau tidak.

ok. Assalamua'laikum.


HIDAYAH ITU HAK ALLAH, TAPI DAKWAH ITU HAK SEMUA.

syukran.

untuk tambahan pembacaan.