22 May 2014

DIY (Do-It-Yourself)

Assalamu'alaikum.

sebenarnya masa my egagement day hari tu (25 january 2014) banyak yang aku plan nak DIY. nak jimat kos lah konon. yelah student lagi, takde income. mengharapkan belas ihsan duit mak ayah dengan PTPTN je. sedih kan... waaa

Plan nya dengan mak nak DIY mini pelamin. Mak pun kreatif bab bab tirai menirai nie, jahit menjahit pun. maka aku percaya dengan keupayaan mak aku dan kekreatifan aku yang sedikit ini untuk DIY pelamin.

Baju bertunang pulak planning nak beli je untuk jimat kos. Lepas nak DIY props untuk bergambar sendirilah. dan nak DIY hantaran jugak. dan DIY doorgift jugak walaupun buat sikit je.

last last semua tak jadi DIY. except hantaran hantaran dengan doorgift je. kecewa jugaklah sikit. sobs sobs.

reason sebab family tunang nak sponsor pakej bertunang sekali dengan baju, pelamin dan make up. Alhamdulillah, kira rezeki lah tu. Overall puas hati je, cuma make up lah tak puas hati.. bagi aku tak berape cantik. bhahaha. baju ngan pelamin sukeee! chantekkk! hehe



total pakej RM500 (baju, make up, pelamin)
bagi aku menda nie tak perlu pun membazir macam tu je bagi orang rm500. tapi dah rezeki orang nak sponsor kite terima je . heeee
Thank You.
So tak perlu dah nak DIY pelamin. baju sebenarnya dah beli pastu orang tak berkenan tu yang terus nak sponsor tu...
okay kita ikut majority.

untuk DIY hantaran 100% by me, except sirih. 
walaupun i alls punya hantaran tak glamour yang penting i do it myself gituu...




lupa nak snap gambar hantaran, so yang ini je ada.


abaikan muka pelik aku, nak tunjuk doorgift DIY aku. haha. tak sempat nak snap picture doorgift dah abes. contoh DIY doorgift ngan tq tag pada budak yang macam mat salleh pegang tu. ;p

Props bergambar pun i all tak jadi DIY, i alls order je ade dengan sorang budak kat fb. tapi props nye kecik sangat not suitable untuk bergambar tulisan tak jelas.



so, next plan untuk wedding I this year (tak tahu bulan berapa, tapi InsyaAllah tahun nie jugak, sebab aku tak habes2 belajar lagi) I nak DIY banyak benda. dah lama survey kat blog B2B. dah start pun sikit2. nantikan....

Bismillah. May Allah ease..

11 April 2014

update terkini empunya belog

Assalamu'alaikum.

pemilik belog ini sedang menghabiskan sisa sisa masa belajarnya, di mana sekarang ni dia sedang bersusah payah, bersengkang mata, berhingus hidung, dan berbagai bagai simptom tekanan lagi akibat penangan semester terakhir bagi tahun terakhir pengajiannya. Insya Allah.

ada orang suruh dia aktif blogging semula, katanya best belog nie, kejadah ape yang best entah.

tapi dia akan cuba jugak lah update jugak sebab die ade jugak rase syok sendiri jauh di sudut hempedu hati yang belog dia nie memang best kot kadang kadang.

tu jelah nak update, tengah sibuk. tengah layan perasaan pun ada.

bersabarlah. bukan senang nak jaga sebuah hubungan.
pokok dan akar nya adalah diri sendiri.

bersabar wahai hati.

haish, dah lama tak bermain dengan emosi.

jiwa kosong lagi seronok kadang kadang, walau bosan mintak di isi.

sekian wassalam


29 January 2014

welcome 2014 and I am officially engaged.

Assalamu'alaikum,

2014 membuka fasa yang baru dalam hidup aku.

tak pernah sangka secepat ini.

Alhamdulillah,

masa perkenalan yang amat singkat, namun kami nekad untuk teruskan ke step seterusnya. 
kerana aku yakin dengan peraturanNya.


awal ramadan 2013 mula bertegur sapa
9.8.2013 pertama kali berjumpa di rumah bonda pada hari raya kedua
15.10.2013 rombongan merisik di hari raya aidil adha
25.01.2014 majlis pertunangan di langsungkan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya setakat ini. dan aku yakin ini adalah terbaik untukku.

tak sangka belajar tak habis lagi dah jadi tunangan orang. tak pernah terfikir.

semoga perancangan dipermudahkan lagi.

Syukur dan terima kasih tak terhingga to all my family, especially my mom and to his family too.
Majlis tu berjalan dengan baik dan insyaAllah mendapar berkat dan rahmat dariNya.

and now, i am officially engaged to Zulhelmi.

















thank you awak, awak adalah lelaki yg paling gentleman yg datang dalam hidup saya. first time datang rumah jumpa saya dan mak ayah saya. 

Moga hubungan ini kekal ke gerbang perkahwinan dan hingga ke syurga dengan izinNya.